comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemangku Sultan Johor seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Tunku Mahkota Ismail seru semua pihak bersatu menentang keganasan.

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyindir pihak tertentu yang mengaitkan dirinya dengan insiden yang melanda negara ketika ini terutama membabitkan beberapa pemain bola sepak.

Perkara itu diluahkan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman Instagram, hari ini.

Sebaliknya, Tunku Mahkota Ismail menolak sekeras-kerasnya insiden itu dan menyeru semua pihak untuk bersatu hati melawan sebarang bentuk keganasan.

“Akhyar (Rashid) kena samun, Faisal (Halim) kena (simbah) asid, Safiq (Rahim) kereta kena pecah, Siti Nur Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa bom di rumah, semalam Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak.

“Semua ini kerja TMJ, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.

“Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti “stop violence in football”. #InisemuasalahTMJ,” tulis Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, pelbagai spekulasi dimainkan pihak tidak bertanggungjawab susulan insiden Akhyar yang beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) disamun dan dipukul.

Malah, spekulasi terus dimainkan selepas insiden malang menimpa Faisal yang mana pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbah asid di pusat beli belah, 5 Mei lalu.

Insiden membabitkan pemain bola sepak menimpa Safiq pula apabila pemain JDT itu diserang dengan cermin keretanya dipecahkan individu tidak dikenali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini