comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembangkang keluar dewan, Wan Saiful dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

KUALA LUMPUR: Hari pertama Dewan Rakyat sudah dicemari kekecohan susulan usul merujuk Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Situasi kecoh bermula apabila Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) selaku Ketua Whip BERSATU bangkit mempersoalkan keputusan Speaker, Tan Sri Johari Abdul membenarkan usul terbabit dibawa, dengan menyifatkan ia sebagai subjudis.

Meskipun beberapa Ahli Parlimen turut bangkit mempersoalkan isu sama, Johari tetap memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membacakan usul terbabit, yang kemudian disokong Timbalannya, M Kulasegaran.

Kemuncak kekecohan berlaku apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bangkit meninggalkan Dewan ketika undian suara dilakukan, dengan keputusan majoriti bersetuju dengan usul terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini