comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembangunan dan kemajuan negara berteraskan kekuatan Persekutuan bersama semua Negeri – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Oleh: Juliana Sharin

PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak Negeri dan dalam menentukan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan Persekutuan bersama-sama kesemua Negeri.

“Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di kementerian itu.

Manakala berkait perkara-perkara mengenai Sabah dan Sarawak, perbincangan-perbincangan adalah berpandukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Kenyataan Fahmi itu juga merujuk kepada permohonan Johor yang mahu kerajaan persekutuan mengembalikan sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri itu selaras titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Ahad lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini