comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pembantu rumah warga Indonesia dikurung di balkoni diselamatkan

 


PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dikurung di balkoni sebuah kondominium di Petaling Jaya, sejak seminggu lalu.

Mangsa diselamatkan selepas kediaman terbabit diserbu jam 5 petang semalam, setelah menerima laporan daripada orang awam yang menemui nota dicampakkan oleh mangsa.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, serbuan dilakukan bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Mangsa 21 tahun dipercayai baru bekerja dengan majikannya yang juga warga tempatan di sebuah unit kondominium dekat Mutiara Damansara.

“Mangsa yang diberi tugas mengemas hanya dibenarkan masuk ke rumah pada jam 5 pagi hingga 11 pagi sebelum dikurung semula di balkoni” katanya.

Menurut beliau, mangsa diberi makan dan minum tiga kali sehari, selain belum menerima gaji kerana baru sahaja bekerja kira-kira seminggu.

Jelas beliau, mangsa menulis nota meminta bantuan dan mencampakannya keluar dari balkoni.

Susulan itu, seorang wanita berusia 69 tahun dipercayai majikan mangsa ditahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini