comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembenihan Awan: NRES, METMalaysia teliti beberapa faktor, pastikan keberkesanan – Nik Nazmi

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Jabatan Meteorologi akan memantau rapat beberapa beberapa faktor sebelum meneruskan operasi pembenihan awan susulan cuaca panas di beberapa negeri.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kos untuk melaksanakan operasi berkenaan agak tinggi selain perlu memastikan ia benar-benar berkesan.

“Pembenihan awan ada beberapa faktor yang sesuai walaupun cuaca panas, kita perlukan hujan dan perlu teliti juga keadaan awan.

“MetMalaysia akan beri panduan bila waktu yang sesuai kerana kos dia pun bukanlah murah (pembenihan awan) jadi bila kita buat perlu pastikan ia berhasil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Perasmian Jubli Intan MAYC Kebangsaan ke-70 hari ini.

Sebelum ini, Sabah antara negeri yang dalam perancangan untuk melaksanakan operasi itu bagaimanapun ia masih dalam proses penilaian kesesuaian pembentukan awan.

Baru-baru ini, Papar diisytihar kemarau berikutan krisis bekalan air berada pada tahap kritikal akibat cuaca panas.

Dalam pada itu, sebanyak 23 kes strok haba direkodkan dengan terbaru masing-masing dua kes di Sabah dan Kedah.

Daripada angka tersebut, satu kes di Kedah dikatakan berada dalam keadaan serius yang kini masih menjalani rawatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini