comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemberian kontrak Projek Rintis DRT: Siasatan terperinci telah dilakukan 

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) telah melakukan siasatan terperinci mengenai pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran Muniandy, iaitu suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan pemeriksaan dengan agensi-agensi berkaitan, tiada sebarang elemen kesalahan wujud di dalam pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT)

“Kami sudah semak dengan terperinci, jadi apa lagi yang boleh dilakukan, tiada apa yang boleh kami lakukan, ” katanya ketika sesi “Executive Talk” bersama media di sini hari ini.

Tambahnya, SPRM juga menegaskan segala unsur siasatan diserahkan sepenuh kepada pihak berkuasa seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

‘’Apa yang boleh saya cakap seperti yang disebut Perdana Menteri, serahkan ini kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Media hari ini melaporkan Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami kepada Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini