Tumpuan :
Nasional

Pembinaan lebuh raya WCE Banting-Gelang Patah sedang diperhalusi

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto fail NSTP

Oleh: Vinsla Santiran

KUALA LUMPUR: Pembinaan Lebuh Raya Pesisir Pantai (WCE) dari Banting, Selangor ke Gelang Patah, Johor, sedang diperhalusi Kementerian Kerja Raya.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau sudah berhubung dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Ekonomi bagi pembinaan laluan itu.

“Buat masa ini, kita masih memperhalusi proses serta kelulusan termasuk bagaimana hendak melaksanakannya seperti jajaran dan kerja-kerja yang sepatutnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan BiGBen dan eBencana di Ibu Pejabat JKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Projek Lebuh Raya WCE Banting-Gelang Patah yang akan mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Ketika ini, satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat adalah Lebuh Raya Utara Selatan yang dibuka sejak 1994.

Sebelum ini, media melaporkan pembinaan WCE dari Banting ke Gelang Patah yang merentasi Pontian bakal memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada penduduk di jajaran berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini