comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembuangan sisa tekstil tak terkawal ancam tapak pelupusan sampah

Nicole Tan Lee Koon (tiga dari kiri) ketika melancarkan Pusat Kitar Semula Tekstil di Bahau. – FOTO: NSTP

JEMPOL: Sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk terurai tidak ditangani secara efektif, tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal.

Exco Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, berdasarkan data SWCorp, sebanyak 432,901 tan metrik sisa tekstil dibuang rakyat negara ini pada 2021.

Menurutnya, jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding 195,300 tan metrik pada 2018.

“Hanya 15 peratus sahaja tekstil terpakai secara teorinya dikitar semula selain ada yang dihantar keluar negara.

“Justeru Kempen Sifar Sisa Tekstil yang diperkenalkan berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan pemulihan tekstil dan kelestarian alam,” katanya pada Majlis Pelancaran Pusat Kitar Semula Tekstil Daerah Jempol di Perkarangan Stesen Bas Bahau di sini, semalam.

Nicole berkata, Pusat Kitar Semula Tekstil di Jempol ini diwujudkan Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd bertujuan mengurangkan jumlah buangan sisa tekstil melalui proses pengekalan, pembaikan dan penggunaan semula.

Justeru itu katanya dengan mengalihkan tekstil dari tapak pelupusan sampah yang sudah sesak, ia menyumbang secara signifikan kepada pengurangan jumlah sisa dan mengurangkan beban pada sistem pelupusan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini