comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembukaan semula permohonan sub sektor tekstil, tukang gunting dan tukang emas bagi penggajian pekerja asing

 

Kerajaan prihatin dengan permintaan majikan tempatan bagi pembukaan semula ketiga-tiga sub sektor tekstil, tukang gunting dan tukang emas bagi penggajian pekerja asing.

Bagaimanapun Menteri sumber Manusia, V.Sivakumar berkata, terdapat proses yang perlu diikuti berkaitan dengan sebarang dasar Kerajaan mengenai penggajian pekerja asing di mana ianya perlu di bawa di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia, berkaitan Pengurusan Pekerja Asing terlebih dahulu.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri (KDN) dan  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini mengenai pembekuan sub sektor tekstil, tukang gunting dan tukang emas, ” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya Sebarang syor daripada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama itu kemudiannya akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum sebarang pengumuman mengenai pembukaan semula ketiga-tiga sektor ini dapat dilaksanakan.

Beliau juga telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri untuk KDN mempertimbangkan agar pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sedia ada ketiga-tiga sub sektor tersebut yang tamat pada Mac tahun ini untuk dilanjutkan pada satu tempoh masa yang bersesuaian.

Tambahnya sebarang dasar Kerajaan berkaitan penggajian pekerja asing termasuk pembekuan atau pembukaan semula sesuatu sektor atau sub sektor akan mengambil kira situasi semasa serta keperluan sebenar majikan.

Loading...
Terkini