comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemergian Tun Abdul Taib: Sarawak berkabung dua hari

 

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan berkabung selama dua hari pada hari ini dan esok sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, semua majlis rasmi yang membabitkan acara hiburan hendaklah ditangguhkan.

“Bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang,” katanya menerusi notis ringkas kepada seluruh penjawat awam di Sarawak.

Abdul Taib, 87, menghembuskan nafas terakhirnya di Kuala Lumpur pada kira-kira 4.40 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Kuching sekitar jam 1 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak pada jam 8 pagi esok untuk penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib dijadualkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor, esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini