comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemerhati puas hati integriti proses perjalanan pilihan raya

FOTO: NSTP

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Pemerhati pilihan raya amat berpuas hati dengan integriti proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang disifatkan lancar dan teratur.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, ia berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kumpulan berkenaan.

“Setakat ini (proses perjalanan pilihan raya) teratur dan lancar dan kalau kita lihat maklum balas daripada pemerhati apa dinyatakan adalah perkara kecil dan boleh diperbaiki lagi.

“Tetapi dari segi integriti proses tersebut memang tidak ada soal, setakat ini amat puas hati,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya berhubung kenyataan Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa ahli SPR yang ada sekarang ini lebih kepada ideologi dan pemikiran politik, Azmi berkata, ia hanya pandangan peribadi bekas Timbalan Pengerusi SPR itu.

“Dia berhak dan ada pandangan sendiri, itu pandangan beliau,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini