comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemeriksaan suhu dibuat sekali sahaja

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pemeriksaan suhu badan untuk pengunjung kompleks beli belah hanya dibuat sekali sahaja di pintu masuk utama kompleks berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun premis perniagaan dalam kompleks terbabit tidak lagi perlu membuat pemeriksaan suhu badan, pengunjung perlu meninggalkan nama dan nombor telefon bagi tujuan pengesanan kontak jika terdapat kes positif COVID-19.

“Keputusan ini bagi memudahkan orang ramai dan pemilik premis supaya tidak mengambil suhu badan pengunjung berkali-kali. Cukup sekadar diambil ketika di pintu masuk utama kompleks beli- belah.

“Bagaimanapun, pemilik premis masih perlu merekod kehadiran pengunjung seperti nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini