comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Pemilik’ bagasi RM500,000 dijangka rakam keterangan esok

 

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

SHAH ALAM: Individu yang mendakwa wang RM500,000 yang ditemui dalam sebuah bagasi di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara miliknya, dijangka tampil memberi keterangan esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, setakat ini hanya seorang individu yang membuat laporan mendakwa wang itu milik syarikatnya.

“Pada ketika ini dia janji akan datang pada 30 haribulan iaitu esok. Kalau dia datang esok polis akan rakam percakapan dia dan kita akan lihat bukti-bukti yang boleh menunjukkan itu duit syarikat dia,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tempoh tuntutan wang itu, beliau menjelaskan wang itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk proses selanjutnya, sekiranya tiada tuntutan daripada mana-mana pihak.

“Bila kita dah puas hati dengan tempoh yang kita berikan tapi tiada siapa yang tampil, setakat ini cuma ada seorang yang mengaku cuma dia belum bagi kenyataan. Kemudian kita akan siarkan notis dalam akhbar-akhbar tempoh itu. Satu lagi tempoh kita akan beri.

“Jadi ‘unclaimed property’ bawah siasatan harta yang tidak dituntut, selepas itu barulah duit ini akan melalui proses rujuk kepada AGC dan sebagainya untuk dipulangkan kepada kerajaan.

20 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan menemui sebuah bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Sehari kemudian, seorang lelaki membuat laporan mendakwa wang tunai terbabit adalah milik syarikatnya, namun sehingga sekarang masih belum tampil atas alasan kesihatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini