comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilik kilang maut dihempap pagar

Pemilik kilang pagar dawai maut selepas dihempap pagar dalam kejadian di kilang miliknya petang semalam. FOTO: NSTP/ Ihsan Polis

TANAH MERAH: Seorang pemilik kilang pagar dawai maut selepas dihempap pintu pagar dalam kejadian di kilang miliknya di kawasan Perindustrian, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 70 tahun dikatakan sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang berkenaan dan menolak pagar untuk menutupnya.

Bagaimanapun, roda pagar terkeluar daripada landasan menyebabkan pintu pagar berkenaan terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.

FOTO: NSTP/ Ihsan Polis

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah atau berlaku pergaduhan dalam kes berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, mangsa adalah pemilik kilang berkenaan yang membuat pagar dawai.
Katanya, mangsa juga tinggal di kawasan kilang berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini