comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemimpin diingat jangan susahkan rakyat

Perdana Menteri ketika hadir pada program sambutan Hari Ponggal 2023 Peringkat Parlimen Tambun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Klebang hari ini.

Oleh Siti Khadijah Jaafar

IPOH: Pemimpin diingatkan supaya tidak melupa dan menyusahkan rakyat apabila berkuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana rakyat seharusnya merasai nikmat perpaduan dan bukannya tersepit dalam pergaduan di kalangan ahli politik.

Malaysia ujar beliau perlu diselamatkan bagi kesejahteraan semua rakyat tidak mengira kaum dan agama.

Pesanan itu disampaikan Datuk Seri Anwar selepas menyampaikan beberapa rangkap lagu Naan Aanaiyittal dendangan M.G. Ramachandran sempena Program Sambutan Hari Ponggal Peringkat Parlimen Tambun 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Klebang, Chemor, Perak siang tadi.

“Itu memang saya punya ‘favourite’ tamil ‘song’ dan saya masih ingat bila jadi ketua jangan lupa orang susah dan jangan bagi dia mengalir air mata. Betul? Terima kasih atas jasa rakan-rakan termasuk sokongan masyarakat India di Tambun ini kerana saya boleh jadi ketua, Perdana Menteri sekarang.”

Justeru, beliau sentiasa berpesan kepada rakan-rakan dan pemimpin lain supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat terutama yang dalam kesusahan.

Beliau dalam pada itu berkata, Malaysia perlu berubah dari pemikiran dan cara lama untuk menarik semula keyakinan pelabur seperti dilakukan kerajaan ketika ini.

Ia sekaligus menjana ekonomi serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Malah Masyarakat Madani yang diperkenalkan kerajaan juga menunjukkan usaha dan komitmen dalam memajukan semula Malaysia.

“Dalam parti-parti banyak-banyak yang ada, (PH, BN, GPS) ini kita nampak kita sepakat, ini adalah polisi baharu kita, arah baru untuk negara. Saya cipta masyarakata madani ini, usaha rakyat untuk bangkitkan negara kita supaya maju semula, pelabur datang.”

Tegas Perdana Menteri, pelabur luar seperti China, India dan Eropah juga telah mula melabur di Malaysia dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Loading...
Terkini