comscore
Tumpuan :
Hiburan

Peminat terkejut Hyeri-Jun Yeol berpisah selepas 7 tahun

Hyeri dan Ryu Jun Yeol ketika menerima anugerah ‘Rising Star’ di ‘tvN10 Awards’ – Foto: Instagram @tvN_drama

SEOUL: Pasangan selebriti terkenal Korea Selatan, Lee Hye-ri dan Ryu Jun Yeol mengumumkan perpisahan selepas hampir 7 tahun bersama.

Perkara itu disahkan agensi kedua-dua pelakon berkenaan, sebagai respon kepada laporan media tempatan hari ini.

Berdasarkan komen dan respon di media sosial, pengumuman itu nyata mengejutkan ramai peminat mereka.

Hyeri, 29 dan Jun Yeol, 37 adalah antara pasangan selebriti kesayangan ramai di Korea Selatan.

Nama mereka melonjak naik selepas membintangi drama bersiri ‘Reply 1988’ pada 2015.

Siri berkenaan bukan sahaja popular di Korea Selatan dengan mendapat rating tertinggi dalam sejarah televisyen kabel, tetapi juga di luar negara.

Drama bersiri ‘Reply 1988’ bersiaran sepanjang 20 episod dari tahun 2015-2016

‘Reply 1988’ juga pernah memenangi pelbagai anugerah di dalam dan luar Korea Selatan.

Hyeri dan Jun Yeol semakin mendapat perhatian, apabila mengesahkan hubungan mereka pada penghujung 2016.

Loading...
Terkini