comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemuda dikhuatiri lemas, gerakan mencari giat dijalankan

PETALING JAYA: Seorang pemuda dikhuatiri lemas di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, Selangor pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa berusia 28 tahun itu sedang melakukan aktiviti riadah di taman rekreasi tersebut.

Pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 7.54 pagi tadi.

Sepasukan anggota bomba termasuk dari Unit Skuba, Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam serta Pelabuhan Klang segera ke lokasi bagi membantu kerja-kerja mencari mangsa.

Ketika ini operasi mencari dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air 5 meter.

Loading...
Terkini