comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemuda maut motosikal bertembung lori

Ahmad Solihin Fazuni meninggal ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Benta-Jerantut. Foto ihsan pembaca

KUALA LIPIS: Hasrat seorang pemuda, Ahmad Solihin Fazuni untuk berjumpa dengan tunangnya tidak kesampaian apabila beliau maut akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kampung Batu Balai, Jerantut.

Ahmad Solihin, 21, meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Benta-Jerantut kira-kira jam satu tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Ismail Man berkata ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai pembancuh kopi dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke tempat kerja di Setapak, Kuala Lumpur.

Katanya, ketika dalam perjalanan itu beliau merancang hendak singgah ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai untuk makan tengahari.

“Hasil siasatan awal mengenalpasti pemandu lori adalah seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang datang dari arah Jengka 6, Maran untuk ke Gua Musang dan sedang menghantar muatan tandan sawit.

“Apabila sampai di tempat kejadian melalui jalan berselekoh, motosikal mangsa bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal meninggal di tempat kejadian,” katanya.Ismail berkata kes disiasat mengikut Akta Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini