comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemuda OKU dihanyutkan arus longkang ditemui lemas

 

KULAI: Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) ditemui lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain air longkang depan rumahnya Taman Wawasan, dekat sini, semalam.

Mayat mangsa yang berumur 17 tahun ditemui anggota bomba dan penyelamat kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Pusat gerakan operasi jabatan bomba dan penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kehilangan mangsa jam 8.41 malam semalam.

Susulan itu sebuah jentera bersama tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Kulai dikejarkan ke lokasi diketuai Penolong Penguasa Bomba, Fairuz Helmi Mohd Ali.

Katanya, usaha mencari dijalankan sepanjang longkang berkenaan yang disambung pagi tadi berjaya menemui mayat mangsa tengahari tadi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini