comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penampilan khas Agong & Raja Permaisuri di Buletin Utama malam ini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika menyampaikan berita menerusi slot khas Buletin Diraja di Buletin Utama.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untuk menyampaikan berita.

Slot khas Buletin Diraja itu akan disiarkan secara eksklusif di Buletin Utama, malam ini.

Terdahulu, baginda berdua berkenan berangkat mengadakan kunjungan diraja ke Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut pengurusan kanan dan warga kerja Media Prima Berhad (MPB) sebaik tiba kira-kira jam 10:20 pagi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba mencemar duli ke Sri Pentas. Turut mengiringi, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid. – FOTO: NSTP

Hadir sama Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah beramah mesra dengan kakitangan Media Prima Berhad yang turut menyambut ketibaan baginda berdua.

FOTO: NSTP

Baginda berdua juga berkenan meluangkan masa dalam sesi fotografi bersama pengurusan kanan MPB, sebelum menerima cendera kenangan berupa ‘Royal Excess Tonton’ dan bingkai keratan berita mengenai aktiviti baginda berdua yang disiarkan di akhbar Harian Metro dan Berita Harian (BH) sebagai tanda penghargaan.

Dalam lawatan berkenaan, Baginda berdua turut diberikan taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melihat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.

Selain dibawa ke Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

FOTO: NSTP
Loading...
Terkini