comscore
Tumpuan :
Nasional

Penarikan semula AstraZeneca: KKM akan keluarkan kenyataan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada program CRM Trial Connect 2024 di Nexus @ ConnextionConference & Event Centre, Bangsar South. – FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat susulan penarikan semula vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefy Ahmad ketika ditemui di Forum Kajian Klinikal Malaysia hari ini.

“Berhubung penarikan semula vaksin AstraZeneca, kita (KKM) akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, syarikat pengeluar vaksin itu mengakui wujud kesan sampingan yang jarang berlaku menerusi dokumen mahkamah.

Selain itu, syarikat gergasi farmaseutikal itu juga dilaporkan berdepan tindakan saman berikutan vaksin yang dibangunkan itu menyebabkan kematian dan kecederaan serius terhadap sesetengah individu.

Dr Dzulkefly sebelum ini turut memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin.

Tegasnya, syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini