comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencari kepah jumpa mayat di pantai

SABAK BERNAM: Mayat lelaki ditemui tertiarap di Pantai Siput Bumi Hijau, Sungai Air Tawar, di sini, hari ini.

Mangsa disyaki warga asing dan mayat ditemui orang awam yang menemani ibunya mencari kepah di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10.45 pagi tadi.

“Hasil temubual ringkas dengan saksi dan ibunya mengatakan semasa sedang berjalan kaki mencari kepah di kawasan tersebut terhidu bau busuk.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar terlihat satu badan manusia berada di atas pasir pantai dalam keadaan terbaring dan dihurungi lalat.

“Saksi seterusnya segera berhubung dengan pihak polis sebagai pemakluman,” katanya.

Agus Salim berkata, siasatan mendapati si mati dijumpai dalam keadaan sebahagian tubuhnya meniarap di pasir pantai.

“Tiada sebarang pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tidak dijumpai sebarang senjata atau objek mencurigakan di kawasan si mati dijumpai.

“Selain itu, jarak gigi air dengan si mati lebih kurang 20 meter,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan si mati didapati tiada kesan kecederaan dan luka pada fizikal selain tiada kesan suntikan BCG di lengan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Kertas siasatan mati mengejut dibuka sehingga hasil bedah siasat diperolehi,” katanya.

Loading...
Terkini