comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencari siput sungai maut dipatuk ular

KANOWIT: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular ketika mencari siput di Sungai Ulu Machan, berhampiran Rumah Panjang Rundang di sini.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Tega Bilong berkata, berdasarkan laporan yang diterima kira-kira jam 1.30 petang semalam, mangsa pergi ke Sungai Ulu Machan kira-kira jam 4 petang Sabtu secara sendirian untuk mencari siput.

Katanya, mangsa yang berusia 48 tahun tidak pulang ke rumah sehingga keesokan hari, sebelum keluarga mangsa bersama-sama penduduk kampung mencarinya.

“Kira-kira jam 8.15 malam tadi, mayat mangsa dijumpai penduduk kampung di tepi sungai dengan kesan patukan ular di pergelangan tangan kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tega menambah tiada kesan kecederaan lain yang mencurigakan pada badan mangsa.

Loading...
Terkini