comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencawang TNB musnah dihempap runtuhan bongkah batu

Pencawang TNB musnah selepas dihempap bongkah batu yang runtuh di sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini. – Foto Bomba

KUALA SELANGOR: Sebuah stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) musnah selepas dihempap bongkah batu yang runtuh di sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.11 pagi.

Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati berlaku runtuhan batu besar dan mengenai pencawang TNB. Ia mengakibatkan kerosakan pada bangunan terbabit dengan anggaran kemusnahan 80 peratus namun tidak membabitkan mangsa,” katanya dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Norazam berkata, pihaknya turut mengarahkan pemilik ladang untuk memindahkan pekerjanya ke lokasi lain.

“Pihak bomba bimbang berlaku runtuhan lagi kerana asrama pekerja juga berhampiran dengan lokasi runtuhan,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini