comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencemaran Sungai Chandong: Pelepasan efluen industri dikenal pasti sebagai punca

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan pencemaran Sungai Chandong, Pulau Indah, Klang Sabtu lalu sehingga menyebabkan kematian banyak ikan berpunca daripada pelepasan efluen aktiviti industri.

Luas dalam kenyataan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu pada 8 September lalu bersama wakil pengadu yang mengesan bangkai ikan pada 5 petang, 7 September.

“Hasil siasatan LUAS di lokasi, pensampelan in-situ mendapati Oksigen Terlarut (DO) adalah 1.25mg/l, manakala kandungan Ammonia Nitrogen (AN) adalah 0.84mg/l.

“Siasatan Luas mendapati insiden ini berlaku ekoran pencemaran dianggarkan sekitar satu atau dua hari sebelum bangkai ikan ditemui. Semakan lanjut LUAS mendapati ia berpunca dari pelepasan/pembuangan efluen aktiviti industri,” katanya hari ini.

Bagaimanapun pada masa ini Luas masih tidak dapat memastikan sama ada pelepasan itu dari Kawasan Perindustrian Telok Gong dan Pulau indah ataupun yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

“Pemantauan susulan akan dilaksanakan oleh LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berdasarkan penemuan ini.

“LUAS juga akan melaksanakan pemantauan rapi di lokasi kawasan berkaitan dan akan mengambil tindakan lanjut selaras dengan Enakmen LUAS 1999,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini