comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencemaran udara : JAS Johor arah kilang arang henti pembakaran serta-merta

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Jabatan Alam Sekitar Johor mengarahkan sebuah kilang membakar tempurung kelapa untuk dijadikan arang menghentikan operasi pembakaran serta-merta kerana melanggar peraturan pelepasan asap ke udara.

Tindakan itu diambil selepas Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) menyiasati aduan awam berhubung kes itu semalam mempunyai asas yang kukuh.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, sepasukan pegawai penguatkuasa jabatan itu melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan awam.

“Arahan serta-merta menghentikan proses pembakaran di bawah Seksyen 31(1)(g) dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas alat pengeluaran (rotary dryer) di bawah Seksyen 38a(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan kepada pengurusan kilang berkenaan” katanya.

Siasatan lanjut juga mendapati premis berkenaan dalam proses mendapatkan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan akan dirujuk kepada PBT untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, premis terbabit tidak dibenarkan beroperasi tanpa kelulusan daripada PBT.

Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini