comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pendaki jatuh sungai di Gunung Nuang ditemui maut

HULU LANGAT: Seorang pendaki lelaki ditemui maut selepas kira-kira 17 jam dilaporkan hilang apabila terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mayat lelaki berusia 36 tahun itu dijumpai jam 1 tengah hari tadi, kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Anggota pasukan SAR menjumpai mayat, tengah hari tadi. – FOTO: Ihsan bomba

Terdahulu, Ahmad Mukhlis dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam tadi.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terpaksa dihentikan sementara, malam tadi, sebelum disambung semula pada jam 10.15 pagi tadi.

Beliau dipetik berkata, operasi SAR hari kedua bermula dari Kem Lolo hingga ke kawasan perkhemahan 1, dengan mengikut aliran air sungai.

Katanya, pencarian juga dilakukan dari empangan lama, dengan mengikut aliran sungai hingga ke kawasan perkhemahan 1.

Selain itu, operasi sama turut dijalankan hingga ke Air Terjun Bomoh Ali, dengan jarak keseluruhan pencarian meliputi tujuh kilometer.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini