comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pendaki Malaysia raikan Aidilfitri di Kem Induk Everest

NEPAL: Pasukan Malaysia Everest (ME) 2023, sambutan Aidil Fitri kali ini amat bermakna.

Mereka menyambut Syawal di Kem Induk Everest (EBC) setelah 14 hari menempuh perjalanan sejauh 77 kilometer.

FOTO: Malaysia Everest 2023

Misi diketuai Azim Afif Ishak 35 Tahun, bersama rakannya Muhammad Hawari Hashim 33 tahun, Awang Askandar Ampuan Yaacub 55 tahun dan Tiong Ling Yang 30 tahun.

Turut serta pendaki wanita yang juga Pengurus Pasukan ME 2023, Ayu Wanirah Naharuddin 30 tahun.

Mereka yang tiba di EBC kelmarin, memulakan penyesuaian diri sejak 7 April lalu dengan aktiviti trekking.

Menurut Azim, pendakian kali ini berkonsepkan perpaduan.

Meskipun mengakui sedih beraya tanpa keluarga, perasaan itu perlu dilupakan seketika untuk menjayakan misi menawan Everest.

Ketika ini, mereka dilapor sedang menjalani latihan dan penyesuaian diri di Khumbu Icefall.

Ekoran kejadian salji lebat di EBC semalam, menyebabkan mereka perlu menunggu 2 hingga 3 hari lagi sebelum menyambung pendakian.

Pasukan ME 2023 bertolak ke Nepal 2 April lalu dan dijangka memulakan misi yang tertangguh tahun lalu bermula awal Mei ini.

Loading...
Terkini