Tumpuan :
Nasional

Pendidikan TVET: Kerajaan perhalusi untuk perkenal pada usia lebih awal

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

ABU DHABI: Kerajaaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan aliran pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada peringkat usia lebih muda seperti yang sedang dipratikkan di Emiriah Arab Bersatu UAE.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata perkara itu perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum boleh dilaksanakan.

“Ini memerlukan komitmen dari pihak kerajan dan kedua-dua kementerian serta ibu bapa apabila mereka menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk anak-anak mereka, “ ujarnya pada sidang media di sini hari ini.

“Saya akan perhalusi kerana saya tidak mahu menggegarkan sistem pedidikan sedia ada.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri melawat Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Abu Dhabi (ACTVET) dan bertemu dengan ketua pengarah ACTVET Dr. Mubarak Saeed Al Shamsi, bersama barisan kepimpinan tertinggi mereka.

Menurut beliau, lawatan tersebut telah membuka peluang ke arah untuk memperkukuh kerjasama antara ACTVET dan Majlis TVET Negara (MTVET) bagi mempertingkatkan sistem pendidikan vokasional di Malaysia.

“Di ACTVET, pengambilan pelajar bermula seawal usia 11 tahun, meningkat melalui tahap kemahiran dan mencapai piawaian yang diiktiraf di peringkat global seperti WorldSkills. Komitmen terhadap kecemerlangan ini mencerminkan aspirasi kita untuk MTVET di Malaysia,” katanya.

Ujar Datuk Seri Zahid Malaysia dan UAE bercita-cita untuk membangunkan sistem TVET berkualiti tinggi yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal tetapi juga dapat membentuk keyakinan dan perasaan bangga kepada mereka yang mengikuti pendidikan TVET.

“Malaysia berharap kerjasama dengan ACTVET dapat terus diperkukuh melalui program latihan bersama, pertandingan kemahiran, dan pertukaran pengetahuan.

“Usaha yang dilakukan ini sangat penting ke arah menjadikan sistem TVET Malaysia sebagai sumber kebanggaan negara, membentuk ketahanan, dan daya saing global.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini