comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak jejas aspek pelaburan

 

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

DOHA: Pendirian tegas Malaysia terhadap Palestin tidak sesekali menjejaskan aspek pelaburan negara bersama rakan dagangan yang lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bergerak sebagai sebuah negara bebas yang hanya mahukan langkah perdamaian antara kedua-dua negara.

“Soal saya menemui mereka (Hamas) saya nak jelaskan bahawa kita (Malaysia) ambil sikap yang bebas dan Hamas ini mempunyai hak untuk pertahankan wilayah yang dijajah kuasa asing.

“Kita ambil pendekatan menyokong usaha damai dan pendekatan untuk berhubung dengan badan politik Hamas tidak telribat dengan mana-mana aktiviti ketenteraan.

“Keputusan kita itu membantu dan bukan menghasut (jalan perdamaian). Sebelum saya jumpa mereka saya tanya pendapat Amir Qatar dan PM Qatar kerana mereka terkait rapat dengan Hamas dalam langkah cari kaedah perdamaian,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika sidang media mengakhiri lawatan rasminya di Qatar hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan bersama pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bagi membincangkan situasi semasa episod peperangan di Gaza.

Perjumpaan itu merupakan pertemuan pertama kali secara bersemuka sejak Anwar menggalas jawatan Perdana Menteri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini