comscore
Tumpuan :
Nasional

Penduduk bimbang ancaman babi hutan

Sekumpulan babi liar berkeliaran di kawasan rumah pangsa Taman Bukit Bayas Indah, Kampung Gelong Bilal. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Lebih 1,000 penduduk di Taman Bukit Bayas Indah, Kampung Gelong Bilal, di sini, mendakwa bimbang dengan ancaman babi hutan sejak akhir November lalu.

Tinjauan mendapati lebih 15 ekor babi keluar dari kawasan semak dan memakan sisa makanan di belakang sebuah taman asuhan kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Penduduk, Mastura Abdul Majid, 48, berkata, babi hutan terbabit akan muncul pada sebelah pagi dan petang setiap hari sejak akhir November lalu.

Katanya, penduduk bimbang haiwan liar itu akan memasuki kawasan taman asuhan yang terletak berhampiran.

“Ada antara penduduk terpaksa menghalau kumpulan babi hutan terbabit yang cuba memasuki kawasan perumahan terutama taman asuhan.

“Kita meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak babi hutan itu memasuki taman perumahan,” katanya.

Penduduk lain, Borhan Abdul Samad, 57, berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dimaklumkan mengenai kemunculan sekumpulan babi hutan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Perhilitan ada menghantar pegawai dan anggota untuk membuat pemantauan di kawasan berkenaan, tetapi kumpulan babi hutan itu tidak muncul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini