comscore
Tumpuan :
Nasional

Penduduk Kelantan siap sedia hadapi banjir

Foto hiasan

KUALA KRAI: Penduduk di kawasan rendah di Kelantan mula melakukan persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir melanda penempatan mereka, selepas hujan lebat sejak minggu lalu di Kelantan.

Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan banjir mendapati penduduk mengalihkan beberapa perabot ke tempat tinggi, meletakkan kenderaan di bahu jalan serta memindahkan haiwan ternakan ke kawasan selamat.

Penduduk Kampung Murin di Tanah Merah, Redzuan Seman, 32, mengaku bimbang risiko banjir setiap kali hujan lebat, berikutan rumahnya terletak berhampiran sungai.

“Saya sentiasa memastikan dokumen penting dan peralatan rumah berada dalam keadaan selamat jika banjir berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Mohd Fadhlisyam Mohd Sekeri, 33, dari Kampung Batu Mengkebang di Kuala Krai pula terpaksa memindahkan tujuh lembu miliknya ke tempat lebih tinggi kerana sungai berdekatan sudah mula melimpah yang dikhuatiri boleh menyebabkan haiwan ternakan itu dihanyutkan arus.

Loading...
Terkini