comscore
Tumpuan :
Nasional

Penemuan mayat warga emas dalam kereta, tiada unsur jenayah

MUAR: Seorang warga emas ditemui maut di tempat duduk penumpang sebuah kereta Proton Saga, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, mangsa ditemui sekitar jam 3.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 63 tahun ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Saga warna kelabu di Bandar Muar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pihak polis telah merakam percakapan anak mangsa yang juga pemilik kenderaan dan mengesahkan bapanya menghidap penyakit buah pinggang serta menjalani rawatan dialisis di Masjid Tanah, Melaka.

Sebelum itu tular satu hantaran mengenai pencarian lelaki dikenali sebagai Ramli Kassim berasal dari Ayer Limau dan tinggal di Taman Paya Rumput yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas membuat rawatan dialisis  sekitar jam 10 pagi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini