comscore
Tumpuan :
Nasional

Penemuan Obor-Obor Kotak berbisa di Pantai UMT

KUALA NERUS: Dua ekor obor-obor kotak berbisa ditemui di Pantai Tok Jembal berhampiran Universiti Malaysia Terengganu, (UMT) di sini,

Selepas proses pengecaman, obor-obor tanpa tentakel itu  sepanjang 12 sentimeter x10 sentimeter itu (12cmx10cm), merupakan  spesies ‘Chiropsoides buitendijki’ yang berbisa dan jarang diketahui umum.

Sekaligus memberi satu kesedaran betapa pentingnya pemantauan alam sekitar dan pengecaman organisma marin yang berpotensi memberi ancaman kepada komuniti berhampiran.

Obor-obor kotak berbisa ini dikenali sebagai salah satu haiwan laut yang boleh menyebabkan bahaya serius kepada manusia kerana mempunyai racun yang kuat boleh membahayakan kulit manusia.

Beberapa kes kecederaan manusia telah dilaporkan di luar pantai selatan perairan Malaysia sebelum ini.

Tanda sengat yang ditinggalkan oleh spesies ini sangat berbeza kerana keunikan bentuk nematositnya.

Oleh itu, pengecaman spesies ini adalah penting dalam merawat sengatannya.

Spesies ini juga telah direkodkan di perairan Indo-Pasifik, khususnya di India, Sri Lanka, Thailand dan perairan pantai barat Malaysia (terutama Pulau Pinang, Perak dan Langkawi).

Kebiasaanya spesies ini tinggal di pantai hutan paya bakau dan ekosistem lain yang berhampirannya.

Pihak UMT berharap dengan penemuan spesies yang jarang ditemui ini dapat menjadi satu tarikan untuk peningkatan usaha konservasi dan pendidikan terhadap organisma marin di sekitaran kita terutama bagi spesies yang merbahaya kepada masyarakat setempat.

Langkah-langkah pencegahan dan tindakan kesedaran awam perlu ditingkatkan untuk melindungi pengunjung pantai dan kelangsungan ekosistem laut.

Penting bagi pihak berkuasa tempatan untuk segera memberi respon terhadap penemuan ini dengan menyediakan informasi dan tanda peringatan yang jelas di sekitar Pantai UMT dan mama-mana pantai yang terlibat.

Semua pihak diseru agar dapat sama-sama berganding bahu bekerjasama untuk menjaga keselamatan masyarakat dan persekitaran marin kita.

Loading...
Terkini