comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengamal media bantu pacu ekonomi rakyat

Warga media menyertai Pertandingan Persahabatan Boling anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

SUBANG JAYA: Bermatlamat mengeratkan hubungan media dan meningkatkan imej koperasi, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menganjurkan Pertandingan Persahabatan Boling disertai lebih 100 pengamal media semalam.

Presidennya, Datuk Seri Dr Fattah Abdullah berkata acara tahunan ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim dan menghargai jasa pengamal media dalam memartabatkan imej koperasi.

Lebih RM20,000 hadiah berbentuk wang tunai, barangan dan cabutan bertuah diperuntukkan oleh pihak Angkasa bersempena majlis ini.

Fattah berkata, peranan media dalam pembangunan ekonomi negara menerusi penyampaian maklumat tepat, telus dan benar tidak dapat disangkal lagi dan harus diberi penghargaan dan pengiktirafan.

“ANGKASA dan gerakan koperasi turut mendapat manfaat hasil dari usaha pengamal media yang sentiasa memberi pendedahan kepada pemegang taruh berkenaan aktiviti serta perniagaan yang dilaksanakan oleh gerakan koperasi bagi memacu pertumbuhan

negara,” katanya merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) ketika merasmikan Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media 2022 di sebuah pusat beli belah di sini.

Jelasnya pertandingan diadakan bagi menghargai peranan besar yang disumbangkan oleh pengamal media dalam usaha

meningkatkan kesedaran umum mengenai usaha membangunkan taraf sosioekonomi rakyat dan juga negara melalui platform koperasi.

“Selaku badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan dan menaungi lebih 15,000 koperasi yang mempunyai 7.04 juta keanggotaan di seluruh negara, ANGKASA sentiasa proaktif menyalurkan maklumat dan aktiviti terkini kepada

anggotanya dan masyarakat agar keyakinan terhadap gerakan koperasi akan terus meningkat dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Ini termasuklah pelbagai inisiatif, strategi dan dan usaha ANGKASA bersama-sama pihak kerajaan menerusi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Insititut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam membantu menangani isu membaabitkan kepentingan rakyat termasuk cabaran kos sara hidup,” katanya.

Loading...
Terkini