comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengamal media tunjuk bakat main golf

Pengamal media berpeluang beraksi di lapangan Legacy di Forest City Golf Resort . – Foto ihsan penganjur

KUALA LUMPUR: Seramai 100 rakan media tempatan dan antarabangsa tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan golf media antarabangsa anjuran Forest City.

Antara pengamal media yang menyertai pertandingan berkenaan antaranya dari Malaysia, Singapura, China, Indonesia dan Korea Selatan.

Kejohanan golf ini dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, selain meraikan sokongan yang diberikan oleh pengamal media dalam sukan golf khasnya.

Timbalan Presiden Forest City, Ir Syarul Izam berkata, pertandingan yang pertama kalinya diadakan pada 2019 terhenti selama beberapa tahun akibat pandemik.

“Kejohanan golf ini pada awalnya dirancang sebagai acara tahunan Forest City memandangkan kami memiliki lapangan golf bertaraf antarabangsa.

“Namun ia terhenti apabila pandemik berlaku. Pihak pengurusan syarikat berbesar hati menerima kunjungan pengamal media yang sudi meluangkan masa untuk menyertai kejohanan anjuran Forest City,” katanya.

Kejohanan golf anjuran Forest City tersebut diadakan di lapangan Legacy di Forest City Golf Resort

.Lapangan golf 18 lubang direka oleh Jack Nicklaus, seorang legenda golf antarabangsa dan anaknya, Jack Nicklaus II.

Kategori pukulan terjauh dimenangi Mahathir Mohd Sidi dari Media Prima, sementara  Ismadi A Manap dari RTM mengungguli pukulan terdekat ke garisan.

Wakil dari China, Chen Hao memenangi pukulan terdekat dengan pin.

Juara bagi kategori nett score dirangkul oleh Toha Dol, dari Golf Malaysia dan Mahathir Mohd Sidi sekali lagi menjuarai acara gross score.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini