comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengarah agensi kerajaan ditahan bantu siasatan rasuah

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima suapan wang.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an berkenaan ditahan di pejabat SPRM negeri petang tadi selepas direkodkan keterangan.

“Berdasarkan maklumat awal lelaki itu dikatakan meminta wang suapan mencecah ratusan ribu ringgit sebagai imbuhan bagi meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan jabatan,” menurut sumber itu.

Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan lelaki berkenaan akan direman bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini