comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengawal keselamatan dicekup kes pecah masuk pejabat Kompleks Mahkamah Melaka

Foto hiasan

MELAKA: Seorang pengawal keselamatan diberkas selepas dipercayai terlibat kes memecah masuk Pejabat Tanggungjawab, Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh dan mencuri sejumlah wang daripada peti tunai.

Difahamkan suspek sudah  ‘berjoli’ dengan wang berjumlah RM835 itu untuk kegunaan sendiri termasuk membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis dibuat kerani PTJ di Balai Polis Bukit Baru jam 2.48 petang, Selasa lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan kerani terbabit, dia menyedari wang RM835 disimpannya hilang ketika memeriksa peti tunai di pejabat PTJ pada jam 1.15 tengah hari Selasa lalu.

“Semasa pengadu tinggalkan peti pada 25 Ogos lalu, ia dalam keadaan baik dan berkunci.

“Sebaik memeriksa di pejabat, dia mendapati ada kesan pecah masuk di bahagian tingkap sebelum membuat laporan polis bagi siasatan lanjut,” katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

“Hasil soal siasat suspek berusia 25 tahun itu dan beralamat di Alor Gajah baru dua bulan bekerja dan mengaku terbabit kes itu serta kes pecah masuk kafe mahkamah.

“Dia memecah masuk pejabat dengan menarik tingkap pejabat hingga terbuka dan tiada senjata digunakan.

“Ujian saringan air kencing adalah negatif dan suspek juga tiada rekod jenayah,” katanya.

Menurut Christoper, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek pagi ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini