comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengawas sukarela, KPM ambil berat keluhan guru

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan kepada orang awam merupakan tindakan tepat.

Pensyarah, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL, Prof Madya Dr. Mohd Hanip Hassan berkata inisiatif itu merupakan reaksi positif yang dilakukan oleh KPM terhadap keluhan guru dengan bebanan tugas yang dihadapi selama ini.

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Prof Madya Dr Mohd Hanip Hassan

Katanya ia merupakan tindakan proaktif dan membuka dimensi baharu dunia pendidikan.

“Satu langkah yang berani dan membuka dimensi baharu di dalam dunia pendidikan dan perlu dilihat dari perspektif yang positif,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tambahnya beliau melihat melalui permohonan yang mengalakkan dari orang ramai setakat ini memberi ruang kepada KPM untuk membuat pemilihan.

“Permohonan yang sangat memberangsangkan, KPM mempunyai ruang yang lebih luas untuk membuat pilihan calon yang terbaik berasaskan kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam.

Permohonan dibuka dari 12 September hingga 31 Oktober ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri.

Artikel berkaitan: KPM buka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam

Loading...
Terkini