comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh

Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya. – FOTO: PMO

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.

FOTO: PMO

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya.

Laos akan menyerahkan jawatan itu pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober ini.

Malaysia sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini