comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengerusi SPR bersara mulai semalam

Tan Sri Abdul Ghani Salleh bersara wajib bermula semalam selepas mengetuai badan itu selama empat tahun. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, bersara wajib bermula semalam selepas mengetuai badan itu selama empat tahun.

SPR dalam kenyataannya, berkata Abdul Ghani menjawat jawatan berkenaan selama empat tahun iaitu bermula Ogos 2020.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan bekas Setiausaha SPR itu akan memegang jawatan sebagai Pengerusi sehingga beliau mencapai usia 66 tahun.

Selain berkhidmat dalam SPR, Abdul Ghani sebelum ini pernah menyandang beberapa jawatan termasuk Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.

Abdul Ghani dilaporkan berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang berlangsung esok adalah tugasan terakhirnya sebagai Pengerusi.

Katanya, sepanjang menjawat jawatan berkenaan, pilihan raya ketika penularan COVID-19 adalah pengalaman yang paling diingati.

“Pilihan raya zaman COVID-19 paling seronok dan diingati. Paling saya tidak boleh lupakan kes di Melaka, yang mana Pegawai Pengurus dijangkiti COVID-19.

“Namun pegawai itu terpaksa memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika hendak serah borang pencalonan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini