Tumpuan :
Nasional

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Kamaruddin Abdullah meninggal dunia

KOTA BHARU: Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayam, di sini, awal pagi tadi.

Allahyarham berusia 73 tahun meninggal dunia jam 6 pagi di sisi keluarga akibat penyakit kanser paru-paru yang dihadapinya sejak lapan tahun lalu.

Anak Allahyarham, Datuk Shahrul Nasrun, berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid Negeri Kubang Kerian selepas solat Asar.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali Kubang Kerian.

“Mohon semua doakan untuk Allahyarham dan semoga arwah bapa ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini