comscore
Tumpuan :
Nasional

Penggangur ditahan, perkosa remaja perempuan 14 tahun  

Foto hiasan

PETALING JAYA: Polis menahan seorang penganggur selepas merogol remaja perempuan di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mangsa berusia 14 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan lelaki berusia 23 tahun itu di aplikasi Telegram.

Beliau berkata, mereka kemudian bertemu Khamis lalu selepas sehari berkenalan.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke kawasan perumahan sebelum dirogol suspek.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis pada hari sama kejadian.

“Susulan itu, polis yang mengesan suspek menahan lelaki itu kelmarin bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Shahrulnizam berkata, siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dua kes narkotik.

“Suspek direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini