comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengguna LPT1 diminta ikut tanda amaran dan arahan petugas lebuh raya

TEMERLOH: Pengguna laluan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Bentong dinasihat berhati-hati dan sentiasa mengikuti tanda amaran dan arahan petugas di tempat kejadian yang berlaku jalan mendap.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku di KM 118.3 hingga 117.9, LPT 1 menghala ke Bentong berdekatan Lanchang.

“Pergerakan trafik perlahan bermula daripada KM126 hingga KM120, LPT1 dan kon dan papan tanda amaran diletakkan bermula di KM 122 hingga ke KM 117 sejauh kira-kira 5 kilometerbagi memberi tanda amaran awal kepada pengguna lebuh raya di sepanjang laluan tanah mendap berlaku.

“Bantuan papan tanda dan lampu amaran daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pihak MTD turut diletakkan bertujuan mengelak berlaku perkara yang tidak diingin,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, laluan alternatif kontra (contra flow) telah di buka bermula KM 119.4 hingga KM116.5 sejauh 2.9 kilometerdi laluan dari arah Barat ke Timur.

“Pengguna diminta memperlahankan kenderaan masing-masing dalam kelajuan 20km /jam sehingga 30km/jam.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan TrafikDaerah (BSPTD) Temerloh bersama Peronda Zon Timur 2 serta konsensi Lebuh raya berada di lokasi buat pemantauan dankawalan lalu lintas,” katanya.

Katanya, ketika ini, usaha baik pulih giat dijalankan dantiada sebarang kemalangan berlaku, kawasan tanah mendap telah ditutup dengan kanvas plastik bagi mengelakkan terkena air hujan dan berlakunya tanah mendap yang lebih teruk.

“Kawalan lalu lintas diteruskan dengan cara penggiliran sehingga dipastikan laluan di lokasi selamat untuk dilalui, pihak pengedali lebuh raya sedang membuat kajian,” katanya.

Loading...
Terkini