comscore
Tumpuan :
Nasional

Penggunaan 14 Taman Perindustran Halal Malaysia tidak memuaskan

Foto: NSTP

SEPANG: Penggunaan 14 Taman Perindustrian Halal Malaysia di seluruh negara amat tidak memuaskan apabila hanya merekodkan sekadar 11 peratus sejak 2009.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu terlalu rendah berbanding 5,665.6 hektar yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan.

“Apa kita bincangkan tadi mengenai soal kerajaan negeri yang peruntukan kira-kira 13,000 ekar (5,665.6 hektar) tanah untuk membangunkan industri halal tetapi hanya 11 peratus sahaja dibangunkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal di Sepang hari ini.

“Ertinya kerajaan negeri komited untuk penyediaan industri halal tetapi mungkin di sana terdapat beberapa kekangan dari segi pembangunan khususnya daripada syarikat pengeluar halal itu,”

Tambahnya mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi mengkoordinasi serta mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini