comscore
Tumpuan :
Nasional

Penggunaan Kod QR di pintu masuk negara sedang diuji Imigresen – Ruslin

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Penggunaan Kod QR bagi melancarkan proses pergerakan di pintu masuk negara sedang dalam peringkat ujian oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Ini antara komitmen Imigresen dan KDN untuk menangani kesesakan di pintu masuk utama negara, inisiatif ini berterusan dari peringkat KDN dan pelaksanaanya adalah Imigresen, bukan sahaja di Johor Bahru (Johor), malah di pintu masuk lain termasuk udara.

“Cara yang kita teroka adalah pelaksanaan Kod QR, memang kita tengah teroka, buat kajian dan sekarang ini kita tengah buat ujian manakala pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana perkara ini masih belum dilaksanakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini