comscore
Tumpuan :
Nasional

PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Hanya Benarkan Waris Hantar 3 Barang Kepada Pesakit

Foto hiasan

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 tidak membenarkan penghantaran barangan kepada pesakit oleh waris ke PKRC berkenaan kecuali tiga barangan.

Pengarahnya, Dr Shahabuddin Ibrahim melalui satu kenyataan hari ini berkata, hanya tiga barangan dikecualikan iaitu ubat-ubatan untuk sakit kronik yang disahkan oleh doktor, lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak serta susu bayi.

Waris perlu mengisi borang di pautan disediakan https://bit.ly/3rhJYE6 sebelum menghantar barangan yang dibenarkan.

“Pesakit yang dirujuk ke PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 perlu membawa kelengkapan sebelum ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC),” katanya.

Pesakit yang dirujuk disarankan membawa pakaian yang selesa untuk minima 10 hari, tuala, dan kelengkapan mandian.

Senarai penuh boleh didapati di laman sesawang www.pkrcmaeps.gov.my

Loading...
Terkini