comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penghulu maut tertimbus tar dalam kemalangan

 

KAMPAR: Seorang penghulu maut selepas tertimbus di bawah timbunan tar dalam kemalangan di Jalan Tanjung Tualang, di sini, malam ini.

Difahamkan, mangsa kenali sebagai Hanapiah Ismail, 40-an bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar menunggang motosikal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 malam.

Katanya, setibanya di lokasi lori membawa muatan tar terbalik hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar.

“Mangsa dikeluarkan dari bawah timbunan tar menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat ditamatkan jam 8.55 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini