comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengiktirafan pingat bukan lesen lakukan jenayah – Fahmi 

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. – Foto fail NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Semua penerima pingat dan darjah kebesaran diingatkan untuk menjauhkan diri daripada sebarang jenayah, termasuk gejala rasuah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengiktirafan yang diterima tidak bermaksud golongan itu kebal dari undang-undang, sebaliknya bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik sekiranya didapati terlibat dalam jenayah.

“Pengiktirafan itu tidak bermaksud mereka kebal dari undang-undang, titah Tuanku sudah pasti menjadi satu peringatan yang tegas kepada semua penerima sama ada yang sekarang mahupun yang pernah menerima sebelum ini.

“Mereka wajib elak, wajib banteras dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah, itu yang pertama, mesej titah Tuanku itu sangat jelas, agar elakkan daripada gejala rasuah.

“Mereka yang menerima pingat dan darjah kebesaran, sekiranya mereka didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah maka titah Tuanku supaya darjah kebersaran mereka ditarik balik, ini kita serah kepada surat kurniaan itu ada mekanismanya, kita serah untuk tindakan susulan,” katanya.

Terdahulu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan boleh ditarik balik sekiranya penerima terlibat dengan jenayah.

Sultan Ibrahim turut mengarahkan setiap penjara dalam negara bagi menyemak mana-mana banduan yang mempunyai Darjah Kebesaran dan Pingat Kebesaran untuk ditarik balik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini