comscore
Tumpuan :
Nasional

Penguasaan AI perlu dimuatkan ilmu turath – PM

Oleh: Juliana Sharin

SHAH ALAM: Penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar di negara ini harus diterapkan dengan ilmu Islam termasuk turath.

Saranan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar acuan AI dari negara Islam tidak terpisah dari sistem, nilai dan akhlak.

“Kalau AI itu nak dikembangkan di Malaysia yang kita asak dengan kuat, supaya universiti-universiti dan fakulti AI dan sebagainya, kalau mahu berjaya kita mesti latih anak-anak kita yang mempunyai kepakaran AI itu untuk memasukkan memuatkan khazanah ilmu Islam dan turath dalam korpus AI,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Turath Islami Selangor di sini hari ini.

Program di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Bekas Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumah.

Kebimbangannya mengenai pengembangan AI di negara ini terlalu mengikut acuan barat, turut diajukan kepada pakar iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft dan syarikat pelopor AI terkemuka dunia Nvidia.

“Apa yang dilontar dan dimuntahkan robot baru AI ini bedasarkan ilmu yang dimasukkan kepada dia. Sekarang ini kita serah kepada barat. Sebab itu saya katakan Turath itu ada kaitan,” jelasnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini